Saturday, December 05, 2009

Fan

..well.. this is funny. I read it from one of the local news..


Letak kipas depan muka

SOALAN
SAYA sudah beristeri sejak dua tahun yang lalu. Soalan saya ialah mengenai perasaan dingin untuk melakukan persetubuhan dengan isteri kerana faraj isteri saya berbau kurang menyenang, lebih-lebih lagi bila melakukan persetubuhan dalam bilik hawa dingin.
Tetapi bau itu tiada bila berkeadaan biasa (tidak melakukan persetubuhan). Oleh yang demikian, saya terpaksa meletakkan kipas di hadapan (mengadap muka) bagi mengurangkan bau tersebut. Harap doktor dapat membantu atau memberi nasihat bagi mengatasi masalah tersebut.

SUAMI KELIRU,Yan, Kedah

JAWAPAN

Wanita mana yang mahu anggota kelaminnya berbau! Bau itu biasa untuknya tapi tidak pula untuk suami tetapi tidak sampai ke peringkat menggunakan kipas angin!Waktu lain, dalam keadaan terdedah sekali pun anggota kelamin perempuan bau macam rumput kering yang lembap. Mungkin ada bau peluh kering juga. Semua bau ini tiada apabila bahagian luar anggota kelamin dibersih dengan sabun. Tidak perlu pencuci yang bukan-bukan yang dipasarkan. Mungkin latacyd mencukupi kerana ia mengandungi keasidan semula jadi. Jika anggota kelamin isteri anda berbau, anda dan mungkin lelaki yang lain yang juga berdepan dengan perkara ini berasa serba salah untuk memaklumkan kepada isteri. Anda pula terpaksa mengawal diri dan mengelakkan persetubuhan. Anda terpaksa membuat persediaan untuk memastikan yang anda dapat bersamanya apabila anda mahu sangat melakukannya, seperti meletakkan kipas depan muka anda! Memang pelik dan isteri anda masih tidak faham! Bau faraj mungkin semula jadi, lebih lagi jika wanita itu baru lepas haid. Bekas tisu dalam faraj boleh menggalakkan tindak balas kuman yang menghasilkan bau itu. Bau akan kurang apabila tindak balas kuman itu reda.


This is funny :

Bau juga boleh berlaku apabila wanita itu makan makanan berbau.Jika minum air mawar, bau macam mawar dan jika makan durian, macam durian!


Jika wanita itu mengalami keputihan atau pengeluaran lelehan faraj yang berlebih dan berwarna luar biasa seperti kuning hijau, putih dan kelabu, kemungkinan jangkitan. Jangkitan boleh berlaku akibat tercemar dari lubang najis atau lubang kencing atau dari jari yang kotor yang membelek anggota kelamin.Jangkitan kulat memberi keputihan berwarna putih dan kelabu. Kesemua itu hanya akan dapat dikendalikan oleh doktor melalui pemeriksaan ujian cecair dari faraj untuk mengesan gejala bau itu dan sebelum dapat diberi rawatan sewajarnya

No comments: